Wednesday 23 November 2011

Abakus

abakus

          Definisi abakus
              Abakus ialah perkataan latin yang berasal dari perkataan Greek, abax atau abakon (bermaksud "jadual" atau kepingan). Kemungkinan juga abakus berasal dari perkataan abq atau abak yang bermaksud pasir.

         Penggunaan abakus
             Abakus digunakan untuk merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran supaya konsep matematik dapat dipersembahkan dengan lebih efektif dan menarik. Pada tahun 1995, abakus telah digunakan sebagai bahan bantu mengajar yang efektif untuk menggalakkan aritmetik mental di sekolah rendah. Pada dasarnya abakus digunakan sebagai alat mengira untuk melakukan empat operasi iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi. Pelajar-pelajar tahap 1 dan 2 telah diperkenalkan dengan abakus sebagai alat mengira dalam aktiviti pengayaan.

No comments:

Post a Comment