Contoh Rancangan Pengajaran Harian Tahun 1 Matematik
Mata pelajaran : Matematik
Kelas : Tahun 1 Zamrud
Tarikh : 10 hb Mei 2011
Masa : 11.00 pagi – 12.00 tgh (60 minit)
Bilangan murid : 38 orang
Bidang pelajaran :5. Masa dan waktu
5.2 menyatakan waktu dalam urutan peristiwa
dalam sehari
Objektif pembelajaran : : 1. Menyatakan waktu dalam urutan peristiwa dalam sehari
2. Menyatakan aktiviti yang dilakukan seharian.
3 .Menamakan hari dan menerangkan aktiviti sejajar dengan hari
Konsep/prinsip/hukum/teori:
a) Pagi
b) tengahari,
c) petang,
d) Malam,
e) Tengah malam
Bahan, peralatan dan bahan sumber:
Buku aktiviti
Lembaran kerja
Gambar aktiviti seharian
Pengetahuan sedia ada:
Murid telah mempelajari mengenai masa dan waktu dan juga
pengalaman sedia ada
Fasa | Isi Kandungan | Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran | Nota |
Aktiviti Guru | Aktiviti Murid |
Permulaan/ Mencungkil idea (5 min) | Menyatakan apa yang dilakukan sehari dengan betul | 1.Murid diarahkan berdiri dan menyanyikan lagu bersama dengan gerakan
| Murid memberi respon dengan menyanyikan lagu yang dinyanyikan pada masa Pra sekolah iaitu lagu “bangun pagi’ |
Strategi/ Teknik: simulasi
|
Menstruktu/ Menstruktur semula (40 min) | Menyenaraikan aktiviti mengikut bahagian hari berdasarkan pengetahuan dan pengalaman
|
1.menyenaraikan aktiviti yang dilakukan berdasarkan perkataan pagi tengahari, petang,Malam,Tengah malam
2.Mengedarkan gambar aktiviti dalam sehari. |
Murid berbincang dan menyenaraikan aktiviti yang dilakukan berdasarkan pengalaman sedia ada. Murid mewarna, mengunting dan menampal gambar di kertas mahjung berdasarkan waktu aktiviti
|
Strategi/ Teknik: aplikasi
Sikap saintifik dan nilai murni:
Penglibatan aktif Menghargai masa
Sumber pengajaran Gambar-gambar aktiviti |
Aplikasi Idea (10 min) | Mempamerkan hasil kerja setiap kumpulan | Guru memanggil kumpulan dan mempamerkan hasil kerja kumpulan . | Murid mempamerkan hasil kerja kumpulan | Strategi: Perbentangan kumpulan |
Penutup (5 min) | Bahagian dalam sehari
Pagi Tengah hari Petang Malam Tengah malam Siang malam
| Taksir kefahaman pelajar dengan memberi lembaran kerja.
| Pelajar berbincang dalam kumpulan untuk menjawab kuiz dan membuat kesimpulan pelajaran dengan menyatakan idea utama serta mengaitkannya dengan idea asal. | Strategi: Soal jawab
Sumber pengajaran Lembaran kerja
|
Refleksi selepas p &p: ……………………………………………………………………………