Sunday 11 December 2011

Teka-teki matematik

Jawab soalan teka-teki di bawah
Arahan : Tulis nombor 1 hingga 8 dalam kotak grid.
 Anda mesti pastikan tidak ada nombor yang
 berturutan  dan tidak boleh berada bersebelahan
















Contoh yang berikut tidak dibenarkan :

       2




       3



   




                            2 dan 3 adalah bersebelahan                                                             










       6

       5



                           5 dan 6 adalah bersebelahan
                                                                         


        4






      4





                    Setiap nombor hanya boleh digunakan sekali

Wednesday 7 December 2011

Bahan Bantu Mengajar (BBM) - Carta

  Penggunaan BBM seperti carta dapat membantu meningkatkan kefahaman murid. Penggunaan bergantung kepada subjek yang diajarkan. Bagi subjek yang senang, penggunaannya dapat membantu meningkatkan
kefahaman murid.

   Contoh-contoh carta yang boleh digunakan dalam pengajaran matematik Tahun 1



Nombor 1 hingga 10




Berat

Isipadu cecair

Wang


Monday 5 December 2011

Teknik Mempelajari Matematik

FORMULA 5R - STUV

R1 - RECOPY
R2 - REWORK ALL MODELS 5X
R3 - RECITE OUT LOUD
R4 - RECHECK
R5 - REASONABLENESS


R1 - RECOPY (SALIN SEMULA NOTA)
Salin dengan tulisan yang terang.
Tambahkan nota untuk meningkatkan kefahaman. 
Boleh ditulis tambahan nota menggunakan pensil. 
Gunakan anak panah menghubungkan antara satu fakta dan fakta yang berhubung kait. 
Tandakan dengan tanda soal (?) mana-mana bahagian yang tidak difahami. 
Bincang dengan segera dengan kawan atau guru anda.

R2 - REWORK ALL MODELS 5X (BUAT SEMULA SEMUA CONTOH-CONTOH PENYELESAIAN SEKURANG-KURANGNYA DIULANG-ULANG SECARA PANTAS 5 KALI)
Di kelas, anda diberi banyak contoh-contoh penyelesaian terhadap soalan-soalan matematik.
Selesaikan semula contoh-contoh ini sekurang-kurangnya 5 kali berturut-turut.
Selesaikan secara pantas.
Teknik ini meningkatkan kemahiran.
Pastikan rekod masa penyelesaian kali kedua memecahkan rekod masa penyelesaian kali pertama dan begitulah seterusnya.
Begitu juga soalan-soalan bertaraf peperiksaan.
Ulangi penyelesaian terhadap soalan setiap 3-4 minggu.
Hari Sabtu, Ahad, cuti awam, cuti penggal adalah masa yang amat sesuai untuk menyelesaikan banyak masalah Matematik yang bertaraf peperiksaan.

R3 - RECITE OUT LOUD (LAFAZKAN DENGAN SUARA YANG KUAT)
Lafazkan.
Suara anda harus dikuatkan.
Lafazkan formula berulang-ulang.
Melafazkan berulang dengan suara atau bisikan yang kuat sebanyak 68 kali akan meningkatkan kuasa pengingatan.
Bisikkan atau lafazkan atau bisikkan langkah-langkah penyelesaian terhadap soalan (teknik ini boleh juga diamalkan ketika berbaring sebelum tidur, tuliskan di atas tilam langkah-langkah penyelesaian menggunakan jari telunjuk anda).

R4 - RECHECK (SEMAK LANGKAH-LANGKAH PENYELESAIAN)
Semak darab, campur, tolak dan bahagi, formula dan langkah-langkah penyelesaian yang lain.

R5 - REASONABLENESS (PERHATIKAN JAWAPAN BERPATUTAN ATAU SEBALIKNYA)
Matematik adalah satu-satunya pelajaran yang jauh berbeza dengan pembelajaran bahasa ataupun Sejarah atau Geografi.
Matematik adalah mata pelajaran latihan, latihan, latihan.
Jika anda lemah Matematik, pastikan anda belajar, mengulangkaji dan menyelesaikan masalah atau membuat latihan selama 1 1/2 jam setiap hari.

Seperti kemahiran di dalam arena sukan yang memerlukan LATIHAN HARIAN DAN LATIHAN BERTUBI-TUBI, BEGITULAH JUGA MATEMATIK.

Selain membuat latihan yang banyak, pelajar juga harus membuat sesuatu masalah taraf soalan peperiksaan secara berulang-ulang. Tidak cukup sesuatu soalan bertaraf peperiksaan itu dibuat sekadar sekali dengan jawapan yang tepat dan tidak lagi diulangi penyelesaiannya kali kedua dan ketiga dan seterusnya. Anda dinasihatkan untuk membuat soalan yang sama dalam masa 4-6 minggu kemudian dengan cara penyelesaian yang pantas. Dengan cara demikian, anda akan MAHIR dan CEKAP dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Pada 4-6 minggu kemudian, ulangi lagi kali ketiga dengan pantas. Mungkin masa yang diambil sekadar beberapa minit sahaja.

Pelajar sebaik-baiknya mempunyai dua buku rujukan. Jangan berharap semata-mata kepada buku teks sekolah. Pastikan buku rujukan digunakan sepenuhnya. Tandakan semua perkara-perkara penting. Di mana perlu, TULISKAN NOTA TAMBAHAN dalam buku nota atau buku latihan untuk membantu anda meningkatkan kefahaman. Jangan taku buku-buku tersebut mengalami kekotoran.

Pastikan pelajar telah hafal sifir. Cara menghafal sifir bukanlan perkara yang susah. Di mana sahaja masa anda terluang adakah dialog sifir dalam pemikiran anda. Adakan dialog pantas dalam pemikiran anda dan anda bisikkan atau lafazkan pendaraban sesuatu sifir. Jika ini diamalkan selalu, pasti sifir bukan menjadi satu masalah.

Satu teknik lagi yang harus anda amalkan ialah ketika anda berdiri di stesen bas atau ketika anda berada di dalam bas atau kereta. Anda perhatikan nombor kereta. Katakan nombor kereta yang anda lihat itu ialah SA8978R. Campurkan sepantas kilat 8+9+7+8=32. Ya, jawapannya ialah 32. 8+9=17, 7+8=15 dan 17+15 = 32. Atau darabkan 8x9=72, 72x7=152, 152x8=1216; 150x8=1200 dan 2x8=16, 1200+16=1216. Latihkan diri anda setiap hari. Yakinlah Matematik anda akan menjadi pantas.

Amalkan juga selalu pembelajaran Matematik cara pembayangan (visualization) sebelum terlena tidur, atau semasa berada di tandas, di perpustakaan dan sebagainya. Pastikan kekuatan mental anda. Jangan lupa sarapan pagi yang baik setiap hari seperti telur, susu, buah-buahan, ikan, daging (burger) dan lain-lain makanan yang berzat. Kurangkan makanan yang mengandungi gula putih yang tinggi seperti coklat, biskut, keropok, kek, kuih, dan juga minuman-minuman manis dalam kotak, botol atau tin.

Pastikan anda faham penggunaan 20 peringkat masa-masa rahsia pelajar cemerlang.

Contoh Rancangan Pengajaran Harian Matematik Tahun 1

Contoh Rancangan Pengajaran Harian  Tahun 1 Matematik

Mata pelajaran                        :            Matematik
Kelas                                       :           Tahun 1 Zamrud
Tarikh                                       :          10 hb Mei  2011
Masa                                         :          11.00 pagi – 12.00 tgh (60 minit)
Bilangan murid                       :           38 orang
Bidang pelajaran                     :5. Masa dan waktu
                                                5.2 menyatakan waktu dalam urutan peristiwa
                                                      dalam sehari
Objektif pembelajaran :           : 1.  Menyatakan waktu dalam  urutan  peristiwa dalam sehari
                                       2.  Menyatakan aktiviti yang dilakukan  seharian.
                                             3  .Menamakan hari dan menerangkan aktiviti sejajar dengan hari
Konsep/prinsip/hukum/teori:
a)         Pagi
b)         tengahari,
c)         petang,
d)         Malam,
e)         Tengah malam

Bahan, peralatan dan bahan sumber:

Buku aktiviti
Lembaran  kerja
Gambar aktiviti seharian

Pengetahuan sedia ada:

Murid telah mempelajari mengenai masa dan waktu  dan juga
pengalaman sedia ada




Fasa
Isi Kandungan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Nota
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Permulaan/
Mencungkil idea
(5 min)
Menyatakan apa yang dilakukan sehari dengan betul
1.Murid diarahkan berdiri dan menyanyikan lagu bersama dengan gerakan

Murid memberi respon dengan menyanyikan lagu yang dinyanyikan pada masa Pra sekolah iaitu lagu “bangun pagi’

Strategi/
Teknik:
simulasi

Menstruktu/ Menstruktur semula
(40 min)
Menyenaraikan aktiviti mengikut bahagian hari berdasarkan pengetahuan dan pengalaman



1.menyenaraikan aktiviti
yang dilakukan berdasarkan  perkataan
pagi  tengahari, petang,Malam,Tengah malam

2.Mengedarkan  gambar aktiviti dalam sehari.

Murid berbincang dan menyenaraikan aktiviti yang dilakukan berdasarkan pengalaman sedia ada.
Murid mewarna,
mengunting dan menampal gambar di kertas mahjung berdasarkan  waktu aktiviti


Strategi/
Teknik:
aplikasi

Sikap saintifik dan nilai murni:

Penglibatan aktif
Menghargai masa


Sumber pengajaran
Gambar-gambar aktiviti
Aplikasi Idea
(10 min)
Mempamerkan hasil kerja setiap kumpulan
Guru memanggil kumpulan dan mempamerkan hasil kerja kumpulan .
Murid mempamerkan hasil kerja kumpulan
Strategi:
Perbentangan 
kumpulan
Penutup
(5 min)
Bahagian dalam sehari

Pagi
Tengah hari
Petang
Malam
Tengah malam
Siang
malam


 Taksir kefahaman pelajar dengan memberi  lembaran kerja.

Pelajar berbincang dalam kumpulan untuk menjawab kuiz dan membuat kesimpulan pelajaran dengan menyatakan idea utama serta mengaitkannya dengan idea asal.
Strategi:
Soal jawab

Sumber pengajaran
Lembaran kerja



Refleksi  selepas  p &p: …………………………………………………………………………

Sejarah Matematik

Sunday 4 December 2011

Cara membentuk minat dan kaedah-kaedah pandai matematik

Apakah Matematik dan Kenapa Kita Perlu Matematik?

Matematik ialah suatu ilmu yang berkaitan dengan nombor. Nombor yang memberi nilai. Matematik menjadi asas kepada banyak bidang ilmu di dunia ini. Matematik juga boleh menerangkan fenomena semulajadi alam ini. Sebagai contoh, kejadian malam dan siang. Dalam memahami kejadian ini, para saintis menggunakan ilmu astronomi yang mana ilmu ini memerlukan matematik sebagai asas yang utama. Begitu juga kejadian pasang surut air, gerhana matahari, ribut taufan , banjir, semuanya menggunakan matematik untuk menerangkannya.

Cuba bayangkan hidup kita tanpa matematik. Kita tidak tahu apa itu matematik.Tidak tahu nombor, sukatan, dan berbagai-bagai lagi istilah matematik yang lain. Kita juga tidak tahu apa itu tolak, tambah, bahagi dan darab. Hidup kita seumpama manusia zaman purba yang tidak tahu menilai sesuatu benda.
Alangkah huru-haranya kita kalau tidak tahu matematik. Banyak perkara di dunia ini kita tidak dapat lakukan. Aktiviti rutin kita juga akan terganggu. Perkembangan ilmu seperti ilmu jurutera, senibina, perubatan, ekonomi dan sebagainya juga akan menghadapi jalan buntu.

Menyedari betapa pentingnya ilmu matematik maka perlulah kita menanamkan minat yang sewajarnya kepada matematik. Selain untuk diaplikasikan dalam kehidupan matematik juga merupakan satu senanam untuk minda kita supaya kita tidak jumud dan beku untuk berfikir. Syukur kerana Allah telah mengkurniakan kita akal fikiran yang amat sesuai sekali untuk kita gunakan bagi mempelajari ilmu matematik.

Ilmu matematik adalah berkaitan dengan minda manusia. Kebanyakan tokoh-tokoh yang banyak menyumbangkan kemodenan dan penemuan baru dan berguna kepada dunia adalah mereka yang mempunyai kepakaran yang tersendiri dalam matematik seperti Ibnu Sina, Ibnu Khaldun, dan Isaac Newton. Oleh sebab itulah, matematik seringkali dikaitkan dengan konsepsi pemikiran manusia iaitu matematik mempunyai hubungan yang rapat dengan minda manusia.

Orang yang mudah menguasai matematik biasanya seorang yang kreatif. Mereka berupaya menyelesaikan matematik yang susah dan mengelirukan berdasarkan pengetahuan dan kreativiti mereka. Boleh dikatakan matematik ialah satu seni.